Mak Anjang nak kongsi resipi tempe yang Mak Anjang buat :)
Bahan-bahan ( 8 keping -250gram )
- 1kilogram kacang soya
- 2gram ragi tempe
- 8 keping beg plastik sandwich
Cara-cara
-
Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin
-
Rebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal. Ada sesetengah pihak mencampurkan cuka tapi tak perlu pun sebenarnya.
-
Tos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau cara yang saya guna, gunakanlah kipas angin.
-
Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe.
-
Macam-macam cara untuk membungkus tempe, tetapi oleh kerana daun pisang dan daun rambai (rasanya lebih enak dan lazat) amat sukar didapati di sini maka saya menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi keluarga saya suka ketebalan +/-10mm, lebih kurang 250g sebungkus
-
Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata. tak perlu gunakan rolling pin ni, anak saya menolong masa ni.
-
Letak di tempat yang panas di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.
-
Tahniah, anda telah berjaya membuat tempe anda sendiri....